Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah setelah 6 tahun kami beroperasi, tahun 2021 tahun yang paling banyak menguji perniagaan kami. Asbab covid 19, kerajaan umumkan PKP, rumah penginapan tak dibenarkan operasi.
Dalam ujian Allah beri, Allah berikan nikmat juga. Tahun 2021 juga ialah tahun paling ramai penyewa. Tak berhenti keluar masuk, hujung minggu pasti penuh.
Syukur sangat pada Allah. Tahun 2021 juga kami dapat siapkan jambatan konkrit untuk kemudahan para penyewa. Hasrat kami yang dah lama tersimpan untuk tambah baik jambatan kayu sebelum ni Allah telah kabulkan pada 2021.
Terima kasih pada semua penyewa2 tak henti support kami dengan menyewa di homestay kami.
Ramai yang datang lagi untuk menginap, suka dengan ketenangan dan privasi yang ada di Laman kami. Alhamdulillah.
Berikut juga adalah harga terbaru kami:
1.Radin Mayang (5 bilik) RM500/malam
2.Dangau Mahsuri (1 bilik) RM160/malam.
3.Dangau Malinja (1 bilik) RM160/malam
No telefon yang boleh dihubungi 011-20559331(Pengurus- Pn Salwa).
InsyaAllah, kami dalam perancangan nak tambah kolam renang sebagai salah satu kemudahan yang kami sediakan untuk penyewa kami. Doakan kami ye.🤗
Nah, kami belanja sikit gambar terbaru kami. Gambar lain boleh lihat di Facebook dan Instagram kami😊
Dangau Mahsuri dan Dangau Malinja |
Pemandangan Laman Teratak Cikgu dari atas |
Jambatan konkrit yang telah siap dibina |
Sawah bendang menguning. Padi dah masak |